8 Tips Menarik Untuk Bangun Pagi

 Hi all,

Situasi:
Hujan renyai-renyai, keadaan yang sejuk membuatkan anda begitu sayang untuk meninggalkan katil. Gara-gara bermalasan beginilah menjadikan anda lambat ke tempat kerja atau urusan kerja yang lain.

So, untuk atasi 'kemalasan' anda itu, saya nak kongsikan sedikit tips bersama anda semua . :)
Tips Menarik Untuk Bangun Pagi

1) Hindari Kafein
Pengambilan kafein pada waktu siang boleh membuatkan anda sukar tidur,So mulai hari ni STOP minum kopi jam 4 petang agar malam tidak terganggu .
2) Sebelum Tidur Malam
Lakukan aktiviti pada waktu malam secara rutin yang boleh membuat anda cepat merasa mengantuk. Contohnya, minum teh chamomille & berbaring di tempat tidur dengan berselimut.
3) Matikan TV or Komputer
Jangan biarkan tv & komputer anda terpasang kerana ia menjurus untuk anda menonton. Jika anda ingin cepat tidur, matikan tv atau komputer anda,okay !
4) Motivasi Diri
Tetapkan minda & fikiran anda untuk bangun pagi. Cari alasan yang sesuai agar anda dapat bangun pagi. Contohnya, tuliskan sebab anda perlu bangun awal pagi di kertas dan tampal di sekitar tempat anda tidur. (cubalah,i salu buat mcm ni ^_^)
5) Elakkan Makanan Berat
Mengambil makanan berat ketika makan malam membuatkan anda sukar bangun pagi . (trust me)
6) Temujanji Pagi
Salah satu cara memaksa anda bangun pagi ialah perkara yang melibatkan kepentingan orang lain. Jadi aturlah temujanji dengan orang lain di waktu pagi secara tidak langsung membuat anda bertanggungjawab dalam menepati janji :)
7) Singkap Langsir
Mintalah bantuan daripada rakan serumah atau ahli keluarga (emak/ayah) untuk menyingkap langsir sebelum matahari terbit.Sinaran matahari pagi mampu membuatkan anda bangun pagi dan tersenyum sendiri. :))
8) Beri Hadiah
Berikan hadiah kepada dir anda sendiri setelah anda berjaya bangun pagi ,cukuplah hadiah yang sederhana dan tidak terlalu mahal (kata orang tua-tua,motivasi itu kena ada :P)
Ini contoh pasangan bahagia yang berjaya BANGUN PAGI,LOL !
NEXT POST TENTANG TIP PENJAGAAN RAMBUT :) SEE YOU LATER

No comments:

Post a Comment

I don't frequntly update but I do ~ eventually. So mean while, why don't you leave a tag & I'll reply when ever I can :)

up